Wednesday, October 12, 2011

Suami Isteri dan .........


Tahukah kau wahai suami dan bakal suami, isteri dan bakal isteri?? laki bini ni asalnya 2 individu yang asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita. Tapi…. tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu, dan fikrlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya.. KALA kau tiada duit, bukannya magic David Copperfield bila tiba2 kau bukak wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk meng’cek’ “ada duitkah suamiku?” Tapi bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau “ada duit ke?” sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberi nafkah?
Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara yang pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, dikucup dahinya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran yang sayup kedengaran..kalau sedap takpe, ni pitching ke laut…
Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang di rumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam. TAPI yang kau tahu bersembang ja sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dan bangun tau nak makan ja..
Tahukah kau wahai suami, setiap kali isterimu menggosok bajumu apa yang terlintas di fikirannya ialah “handsome tak laki aku bila pakai baju ni?” TAPI bila kau dah handsome sikit mula hidung tinggi nak mengnrat aNak gadis..
Satu lagi, wahai si suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!! Tuhan telah kurniakan 6, 7, 8 sense kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, takyah guna spy…

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 dan lain2..
Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya 3 hari kemudian..
Jumpa anda di puncak kejayaan bersama kesejahteraan..

Pengajaran ayat :
Perkahwinan itu merupakan satu perkara yang mulia, mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah kepada manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA? Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana ALLAH telah tetapkan, perempuan yang soleh hanyalah untuk lelaki yang soleh…Kalau kita sebagai lelaki tak soleh…jangan haraplah dapat bini yang soleh…Syukur apa yang telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu baik, tapi baikkah kita nak dapatkan perempuan yang baik?? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak mencari isteri, ada can ka bini tu TURUN dari langit…..??
Kita tak suka perigi mencari timba…Perempuan jenis apakah itu?? Siti Khadijah pun perempuan macam itu, Hinakah dia???? ALLAH telah mengutuskan perempuan untuk lelaki…bukannya kita perlu hidup dengan sendiri..Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memasuki ke alam perkahwinan….Tanpa usaha , rezeki tu memang tak ada..yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan terbang melayang..
Syabas kepada sesiapa yang melangkah ke gerbang perkahwinan, SELAMAT PENGANTIN BARU, MOGA KEKAL KE ANAK CUCU..



No comments:

ShareThis