Thursday, October 13, 2011

Siapa Yang Namanya Safiq Ni Hebatkan?(Perasan Sat)




Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tau..mungkin itu yang patut diperkatakan kepada tuan empunya nama di atas (sebutan nama serupa dengan saya..kikiki :) 

LEDAKAN dua gol ketika membantu Selangor menewaskan Perak, 3-1 pada aksi suku akhir pertama, Isnin lalu memberi isyarat jelas betapa pemain perancang, Mohd Safiq Rahim sudah bebas daripada belenggu kemerosotan prestasi yang dialami pada awal kempen Piala Malaysia.
Dua jaringan menerusi sepakan percuma yang dianggap bertaraf dunia oleh Safiq bukan saja meletakkan skuad Gergasi Merah di laluan selesa menjelang perlawanan kedua di Ipoh esok, sebaliknya ia turut menyuntik kembali keyakinan diri kapten kebangsaan itu.

“Dua gol saya hasilkan itu cukup bermakna kerana ia membuktikan diri saya kini berada di tahap terbaik. Saya gembira kerana dapat membantu Selangor mendapat sedikit kelebihan sebelum perlawanan kedua menentang Perak.
“Saya kini semakin bersemangat dan akan terus berusaha untuk memastikan Selangor berjaya melepasi halangan ini,” katanya.

Safiq, 24, dilapor dilanda kemerosotan prestasi ketika permulaan kempen Piala Malaysia sehinggakan bekas jurulatih Selangor, K Devan tidak menyenaraikannya dalam kesebelasan utama.

Situasi itu juga menyebabkan pakar sepakan percuma itu tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal ketika tewas 0-5 di tangan Australia pada aksi persahabatan di Canberra, Jumaat lalu.
Namun Safiq dilihat kembali bangkit, seiring dengan kebangkitan 'Misi 33' Gergasi Merah pimpinan ketua jurulatih baru P Maniam.

Biarpun ramai yang beranggapan Selangor semakin hampir mengetuk pintu separuh akhir, namun Safiq tetap mengingatkan rakan sepasukan supaya berwaspada dengan semangat lawan anak buah Norizan Bakar di Ipoh.

“Di Ipoh, kami tidak boleh anggap kami memiliki kelebihan dua gol sebaliknya kami harus bermain seperti biasa. Kami tidak boleh bertandang ke gelanggang lawan dan sekadar bertahan sebaliknya kami juga harus menyerang.

“Kalau kami boleh mendapatkan gol awal, pasti akan menyukarkan lagi Perak untuk bangkit,” jelas Safiq.

Sumber: Harian Metro

Apapun,tahniah kepada Mohd Safiq Rahim..(harap-harap Harimau Malaya tak sisihkan beliau)

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!



No comments:

ShareThis