Sunday, October 16, 2011

Ibarat Membina Sebuah Rumah



Sekarang mari kita berfikir seperti seorang architecture sebentar.

Dalam kita membina rumah, sudah pasti yang dibina terlebih dahulu adalah tapak rumah itu.

kemudian, dinding-dinding / tiang-tiang akan dipacak.. dan ditutup dengan atap-atap rumah.

apabila rumah ini siap dibina, kita akan mula menghiasi dalam rumah dengan perabot-perabot dan benda-benda lain yang akan menyenangkan pandangan kita.

Untuk merobohkan rumah ini, apabila kita mahu merobohkan rumah pula, kita pasti tidak akan bermula dengan tapaknya.

Cuba kita bayangkan, mampukah kita merobohkan sesebuah rumah itu dengan menghancurkan tapak terlebih dahulu?

Pasti sukar bukan. Kecuali jika berlaku bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh, sudah pasti tapak akan terkoyak dan menghancurkan tapak rumah dan keseluruhannya.

Dan kita bawa pula analogi pembinaan rumah ini ke dalam konteks pembinaan seseorang individu muslim.

Tapak yang kukuh akan memastikan rumah yang dibina itu teguh dan tahan lama.

Maka, dengan membawa islam kepada masyarakat, Rasulullah saw bermula dari tapak.
Di mana tapak ini adalah iman. Iman ini pula adalah 'energi' bagi segala yang lain.
Dengan tapak iman ini, tiang-tiang agama mampu berdiri teguh.

Jadi, apabila iman dalam seseorang itu dibina lemah, tiang-tiang agamanya akan tergoyah.

Sebegitu juga dengan teknik dakwah rasulullah saw dengan inspirasi yang diilhamkan oleh Allah SwT.

Di bina asas-asas iman dalam diri mereka, sebelum diturunkan pula kewajipan untuk solat, puasa,zakat,haji yang merupakan antara tiang-tiang pada tapak pembinaan islam dalam seseorang. Ingat, pada zaman rasulullah, seseorang itu pasti tidak akan mengucapkan kalimat syahadah tanpa percaya dan yakin pada ajaran yang dibawa rasulullah saw. Dan tapak pembinaan ini dikuatkan lagi sebelum diturunkan tiang-tiang lain.

Dan apabila sudah berdiri tegak tiang-tiang ini, maka, dibina pula atap rumah. Dan atap-atap rumah ini umpama dakwah dan jihad di dalam islam. Selepas tiang-tiang asas islam dibina, barulah para sahabat di ajak berdakwah dan kemudian berjihad fi sabilillah.

Dengan terhasilnya rumah seseorang itu, sudah pasti akan di isi pula dengan hiasan-hiasan di dalamnya, yang merupakan akhlak individu muslim.

Jadi, musuh-musuh islam yang pada awalnya cuba merobohkan pembinaan islam dalam diri muslim dengan cuba menrosakkan tapak mereka tidak berjaya, bertukar taktik dengan merobohkan 'Atap-atap' umat islam.

Dengan membawa kepercayaan dalam diri, 'Jihad' itu tidak penting dalam islam, maka lama-kelamaan umat Muhammad, terpedaya dengan musuh-musuh kita, yang telah merosakkan atap-atap rumah islam dalam diri kita.

Apabila atap-atap ini sudah rosak, air hujan, sinar mentari akan masuh ke dalam rumah tanpa masalah, dan merosakkan semua alat-alat hias di dalamnya.

Lihat betapa ramai umat islam yang islam pada nama, tapi akhlak mereka lebih buruk dari mereka yang kafir di luar sana?

Tiang-tiang / dinding rumah akan mula terhakis hari demi hari.

Sudah ramai umat islam di luar sana tidak mengindahkan lagi solat, puasa, zakat, haji..
Cuba lihat sendiri di tempat kerja kita..
Berapa ramai yang solat pada awal waktu..? atau lebih menyedihkan, berapa ramai yang solat sebenarnya..?
Ada juga lebih mementingkan tiang puasa dari tiang solat, dsbg. sedangkan kita tahu, tiang-tiang solat dan puasa itu harus berdiri tegak bersama.

Jadi apabila pembinaan 'rumah islam' dalam diri seseorang muslim, yang tinggal hanyalah tapak pembinaan yang rapuh. Yakni, ia hanya mampu dan mahu mengucapkan kalimah syahadah secara lisan, tanpa rasa apa-apa pada hati maka sudah pasti tiada lagi keinginnan dan rasa tanggungjawab ia untuk mencantikkan 'rumah' yang sepatutnya dibina.

Ibarat seorang pengemis yang diberi sebuah tapak, tapi tidak mampu mendirikan rumah kerana tidak mahu dan tidak mampu.

Wallahu'alam bittsawab..


No comments:

ShareThis