Friday, October 28, 2011

Kenapa Kita Semua Diuji?


Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hamba-Nya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12

Thursday, October 27, 2011

Kenapa Haiwan Perlu Disembelih Sebelum Dimakan?


 Kenapa Haiwan Perlu Disembelih Sebelum Dimakan?
Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidihadha.�br /> Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.
Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?
Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.
Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.” (Tafsir al-Rahman, Jakim).

Babi Kenapa Haiwan Perlu Disembelih Sebelum Dimakan?
Babi satu-satunya binatang yang tidak mempunyai leher
Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.
Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing’, menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.
Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).
Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP. Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.
Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.
Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.
Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.
Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.
Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.Kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.
Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia. Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik.
Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.
Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.
Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain. Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.
“Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih.Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,” kata Aisha dalam kajiannya.
Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Saturday, October 22, 2011

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi


Sekarang ni ramai yang pakai cincin. Tapi ikut suka dia je. Sunnah nabi jarang nak ikut. Renungkan.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kukuyang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untukkesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau punhanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahankotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
                                               Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah



Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan m`hu anAk yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalamnajis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilangwalaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalahberkuou pen�ek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Initak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudahbernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakaicincin pakailah di jari
1] jari manis2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU…INCYA ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH….
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”))

wallahu a’lam.


Sumber: Oh! Islam



Tuesday, October 18, 2011

TV Alhijrah



TV AlHijrah mula bersiaran pada 1 Disember 2010 dan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Haji Tun Razak pada 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H. Saluran TV AlHijrah menyediakan pelbagai siaran program yang menarik berunsurkan agama dan kerohanian. Pelbagai drama yang menarik dan dokumentari mengenai islam akan turut dipaparkan. So, memang satu kelainan bagi semua orang yang selama ni hanya disogokkan cerita hiburan semata-mata. Jom la cuci mata dan hati tonton saluran berunsur dakwah dan islamik pulak.

Jakim berharap stesen TV AlHijrah dapat dijadikan sebagai medium saluran televisyen islamik di Malaysia. Harap dapat sambutan orang ramai.
Pada yang nak cari frekuensi TV AlHijrah. Cara-caranya;

1) Sila Tekan butang “Menu” pada alat kawalan jauh( remote control).

2) Pilih dan tekan butang “Search” untuk pencarian frekuensi.

3) Pastikan pencarian frekuensi tepat mengikut grekueNsi dan kawasan di jadual bawah:

LOKASI PEMANCARSALURAN UHFFREKUENSI
Lembah KelangCH55743.25
TerengganuCH41631.25
JohorCH40623.25
SarawakCH37599.25
SabahCH37599.25
4) Simpan saluran pilihan pada TV .

atau nak tengok secara live di Internet pun boleh..klik http://www.tvalhijrah.com/

antara rancangan feberet Pensil Jingga adalah 30 Minit Ustaz Don



Sunday, October 16, 2011

Ibarat Membina Sebuah Rumah



Sekarang mari kita berfikir seperti seorang architecture sebentar.

Dalam kita membina rumah, sudah pasti yang dibina terlebih dahulu adalah tapak rumah itu.

kemudian, dinding-dinding / tiang-tiang akan dipacak.. dan ditutup dengan atap-atap rumah.

apabila rumah ini siap dibina, kita akan mula menghiasi dalam rumah dengan perabot-perabot dan benda-benda lain yang akan menyenangkan pandangan kita.

Untuk merobohkan rumah ini, apabila kita mahu merobohkan rumah pula, kita pasti tidak akan bermula dengan tapaknya.

Cuba kita bayangkan, mampukah kita merobohkan sesebuah rumah itu dengan menghancurkan tapak terlebih dahulu?

Pasti sukar bukan. Kecuali jika berlaku bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh, sudah pasti tapak akan terkoyak dan menghancurkan tapak rumah dan keseluruhannya.

Dan kita bawa pula analogi pembinaan rumah ini ke dalam konteks pembinaan seseorang individu muslim.

Tapak yang kukuh akan memastikan rumah yang dibina itu teguh dan tahan lama.

Maka, dengan membawa islam kepada masyarakat, Rasulullah saw bermula dari tapak.
Di mana tapak ini adalah iman. Iman ini pula adalah 'energi' bagi segala yang lain.
Dengan tapak iman ini, tiang-tiang agama mampu berdiri teguh.

Jadi, apabila iman dalam seseorang itu dibina lemah, tiang-tiang agamanya akan tergoyah.

Sebegitu juga dengan teknik dakwah rasulullah saw dengan inspirasi yang diilhamkan oleh Allah SwT.

Di bina asas-asas iman dalam diri mereka, sebelum diturunkan pula kewajipan untuk solat, puasa,zakat,haji yang merupakan antara tiang-tiang pada tapak pembinaan islam dalam seseorang. Ingat, pada zaman rasulullah, seseorang itu pasti tidak akan mengucapkan kalimat syahadah tanpa percaya dan yakin pada ajaran yang dibawa rasulullah saw. Dan tapak pembinaan ini dikuatkan lagi sebelum diturunkan tiang-tiang lain.

Dan apabila sudah berdiri tegak tiang-tiang ini, maka, dibina pula atap rumah. Dan atap-atap rumah ini umpama dakwah dan jihad di dalam islam. Selepas tiang-tiang asas islam dibina, barulah para sahabat di ajak berdakwah dan kemudian berjihad fi sabilillah.

Dengan terhasilnya rumah seseorang itu, sudah pasti akan di isi pula dengan hiasan-hiasan di dalamnya, yang merupakan akhlak individu muslim.

Jadi, musuh-musuh islam yang pada awalnya cuba merobohkan pembinaan islam dalam diri muslim dengan cuba menrosakkan tapak mereka tidak berjaya, bertukar taktik dengan merobohkan 'Atap-atap' umat islam.

Dengan membawa kepercayaan dalam diri, 'Jihad' itu tidak penting dalam islam, maka lama-kelamaan umat Muhammad, terpedaya dengan musuh-musuh kita, yang telah merosakkan atap-atap rumah islam dalam diri kita.

Apabila atap-atap ini sudah rosak, air hujan, sinar mentari akan masuh ke dalam rumah tanpa masalah, dan merosakkan semua alat-alat hias di dalamnya.

Lihat betapa ramai umat islam yang islam pada nama, tapi akhlak mereka lebih buruk dari mereka yang kafir di luar sana?

Tiang-tiang / dinding rumah akan mula terhakis hari demi hari.

Sudah ramai umat islam di luar sana tidak mengindahkan lagi solat, puasa, zakat, haji..
Cuba lihat sendiri di tempat kerja kita..
Berapa ramai yang solat pada awal waktu..? atau lebih menyedihkan, berapa ramai yang solat sebenarnya..?
Ada juga lebih mementingkan tiang puasa dari tiang solat, dsbg. sedangkan kita tahu, tiang-tiang solat dan puasa itu harus berdiri tegak bersama.

Jadi apabila pembinaan 'rumah islam' dalam diri seseorang muslim, yang tinggal hanyalah tapak pembinaan yang rapuh. Yakni, ia hanya mampu dan mahu mengucapkan kalimah syahadah secara lisan, tanpa rasa apa-apa pada hati maka sudah pasti tiada lagi keinginnan dan rasa tanggungjawab ia untuk mencantikkan 'rumah' yang sepatutnya dibina.

Ibarat seorang pengemis yang diberi sebuah tapak, tapi tidak mampu mendirikan rumah kerana tidak mahu dan tidak mampu.

Wallahu'alam bittsawab..


ShareThis